PENDAFTARAN SIRI JELAJAH

Friday, 27 May 2016

PERKARA DIELAK

Empat perkara, perlu dielakkan dalam mendidik anak:
.
1. Berlebihan dalam kasih sayang.

Mengikut semua kehendak anak. Sanggup bersusah payah namun anak dimanjakan dan dibelai sehingga lemah sumsum tulang. Tidak memberi mereka ruang berdikari.
.
2. Berlebihan dalam menghukum.

Kononnya kita lah ibubapa teralim dan warak. Anak salah sedikit kita tetap memberi mereka rotan dan hanger sebagai makanan. Pada kita pukul sampai birat biar mereka takut dan tak ulang kesilapan.
.
3. Mendidik dalam keadaan marah.

Marah marah ini menyalakan api. Beri anak api, api lah kita dapat.
.
4. Kekerasan.

Gaya diktator yang A kata A. Yang B kata B. Kata kita inilah pendidikan terbaik. Buat anak sentiasa tunduk. Kita tidak tahu diluar sana mereka memberontak dengan cara lain pula.
.
Kata kuncinya adalah pada bersederhana.

#SiriJelajahPuanSalehaIdris
#TanyaPuanSaleha

Friday, 20 May 2016

ANAK PERIKSA IBU STRESS

.
Petang tadi guru sekolah anak darjah 3 whatsapp jadual peperiksaan anak. Ibuayah mula rasa tekanan kerana banyak subjek nak pantau anak.

Ada empat kali ujian dan ada hampir 14 subjek.

----------------

Kemudian kepala saya mula terkenang arwah emak dan ayah. Mereka berdua seingat saya tidak pernah bersama saya mengulangkaji pelajaran.

Emak ketika itu berusia 40an. Beliau tidak pandai membaca sepatah pun. Hanya pandai baca alquran sahaja. Jawi dan rumi memang tidak tahu. Setiap malam mak ayah bertungkus lumus berniaga di pasar malam.  Hujung minggu Sabtu Ahad pagi  pula emak dan ayah akan berpagian ke pasar pagi berniaga sampai jam 1 petang baru pulang ke rumah. Waktu itu, saya masih darjah 3 . Kadangkala saya juga membantu mak ayah ke pasar pagi. Malamnya sayalah yang akan memikul tanggungjawab untuk menjaga dua orang orang aku yang masih kecil.

Bila difikir bila lah mereka menolong ku buat kerja sekolah atau ulangkaji. Periksa bila dan dapat nombor berapa pun mereka tak kisah. Mujurlah ada rezeki Tuhan beri, setiap tahun dapat hadiah nombor satu.

Namun demikian, sebagai orang yang terdidik. Kadangkala saya juga divert perasaan stress pada anak. Sehinggakan saya terjaga dari lena. Ya Allah , apalah aku buat pada anak ini. Habis momen kebahagiaan mereka. Fitrah mereka sebagai anak kecil aku lupa.

Mereka kan suka bermain, gembira dan gelaktawa. Sampai terpaksa beri syarat, kalau nak bercuti kena pandai, kalau nak bercuti kena dapat nombor satu.

Kadangkala hilang rasa manusia. Alhamdulillah cepat tersedar.

-------------------------

Jadi mulai saat itulah berazam untuk beri anak kebahagiaan dalam waktu kecil agar mereka membesar dengan penuh kecerdasan psikologi. Bukan tertekan dengan pencapaian yang bersistem.

1. Sentiasa borak gembira dan gelak bersama mereka.

2. Peluk dan sayang anak anak setiap hari.

3. Mendoakan mereka dan menyejukkan hati mereka dengan bacaan Quran.

4. Tanamkan nilai kebaikan dan suntik motivasi dari dalam tanpa mereka melalui sistem yang merimaskan mereka.

5. Jadikan menuntut ilmu sebagai menaikkan jatidiri bukan bongkak diri. Dengan niat ilmu Tuhan mahu dikongsi bersama insan lain.

6. Ilmu yang diterima itu ilmu Allah. Dekatkan diri, jaga akhlaq, dan berbuat baik kepada ibubapa. InsyaAllah amal soleh akan membantu kita.


saleha idris tips kawal marah cool parents happy children


Hubungi 019-9381316 Puan Dr Mek untuk menempah kerusi di seminar #coolparentshappychildren 12 Jun 2016.